Sejarah...

 Sekolah ini pada asalnya, adalah sebuah sekolah   kampung yang terletak di Kampung Tanjung  Parang dan Kampung Sungai Mata. Sekolah Kampung Tanjung Parang dibina pada tahun 1974 dengan bilangan murid yang agak kecil. Oleh yang demikian, penduduk kedua-dua kampung tersebut telah sepakat untuk membina sebuah sekolah untuk kegunaan mereka. Sekolah ini terletak antara kedua-dua kampung tersebut dan dinamakan Sekolah Kebangsaan Mata Parang, sempena nama dua buah kampung tersebut. Pada 9hb September 1978, sekolah ini dibuka dengan rasminya oleh bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Allahyarham Tun Datuk Patinggi (Dr.) Haji Ahmad Zaidi Adruce Mohammed Noor, yang pada ketika itu memegang jawatan sebagai Menteri Perumahan Sarawak.
  Sekolah ini sekarang bukan saja setakat menerima murid-murid dari kampung-kampung asal tetapi juga menjadi sekolah tumpuan penduduk beberapa buah kampung yang berdekatan, seperti Kampung Naie Lama, Kampung Naie Baru, kampung Semawang dan juga Kampung Tambay
  Bangunan baru sekolah ini telah dibina pada tahun 2001 dengan menggunakan konsep “design and built” dan mula beroperasi pada 16 Mac 2003.
  Kini sekolah ini dilengkapi dengan 18 buah kelas, 3 tingkat bangunan pentadbiran, perpustakaan, makmal sains, bilik seni visual, bilik kemahiran hidup, bilik tayangan, bilik muzik, bilik komputer, kedai koperasi, bilik rawatan pergigian, gelanggang bola tampargelanggang sepak takraw dan padang bola sepak, dewan makan, bilik rekreasi, 4 tingkat bangunan asrama, 4 tingkat kuarters guru, bangunan Prasekolah dan juga surau.